Alhamdulillah selesai sudah
majlis kurban Masjid Al- Azhariah untuk Aidiladha 1434H. Majlis telah berjalan
dengan lancar. Majlis bermula sejurus selepas selesai solat sunat aidiladha .
Pengerusi khas jawatankuasa
majlis kurban iaitu Tuan Hj. Omar B.
Muslim telah memulakan ucaptama sebagai aturcara dan peranan pembahagian tugas-tugas
jawatankuasa kecil khas mengikut persetujuan mesyuarat yang telah ditetapkan sebelum pelancaran
majlis kurban.
Rawak dari lensa kamera |
Keseluruhan binatang kurban pada tahun ini adalah sejumlah 21 ekor.
19 ekor adalah daripada peserta ahli ahli kariah yang menyertai program kurban
dan selain itu 1 ekor telah disumbangkan oleh Pejabat Menteri Besar dan dan 1
ekor lagi oleh UMW Toyota Berhad Shah Alam.
Muslimah yang hadir |
Muslimin ketika mengagihkan daging korban |
Pihak Jawatankuasa Masjid
Al-Azhariah sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli kariah
serta penduduk sekitar Seksyen 18 yang telah sama-sama menyumbang tenaga
menumbang,melapah serta mengagihkan dagingdaging kurban . Segala kekurangan pihak Jawatankuasa
masjid memohon ampun dan maaf. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan dari
Allah s.w.t. Panjang umur insha Allah kita jumpa lagi di tahun-tahun yang akan
datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan