LATAR BELAKANG

Pembukaan surau pertama di Seksyen 18 Shah Alam Jalan 18/3  telah didirikan pada tahun 1986. Surau al-Azhariah kemudian telah menjalani proses naik taraf fasa kedua pada tahun 1990 dengan kos pembiayaan lebih kurang RM 10,000 dan mempunyai struktur separa papan dan konkrit. Nazir pada ketika itu adalah adalah Tuan Hj. Mohd Nor b. Hassan dan Setiausaha masjid adalah  En. Abdul Rahim b. Abdul Kadir. Proses naik taraf kali ketiga iaitu proses naik taraf menjadi masjid yang sedia ada sekarang adalah di atas tapak yang digazetkan oleh PKNS ke atas Jalan  Kepau 18/4 dengan keluasan 4,000 kaki persegi. Proses pembinaannya bermula sejurus pengesahan arah kiblat yang dilakukan oleh Pegawai JAIS pada 28hb September 1997. Proses  pembinaan telah siap sepenuhnya pada penghujung tahun 1997 dengan kos perbelajaan lebih kurang RM 400,000. Majlis pecah tanah bangunan masjid yang telah dinaik taraf itu telah dilakukan oleh YB Tuan HJ. Mohd Zin.

Jawantankuasa pembinaan yang terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini terdiri daripada:

1.       Tuan Hj. Razali B. Md Sham.
2.       Tuan Hj. Mohd Nor  B. Hassan.
3.       Abdul Rahim B. Abdul Kadir.
4.       Tuan Hj. Shahidan B. Mat.
5.       Tuan Hj. Helmi.
6.       En Abdul Rahman.
7.       Tuan Hj. Ahmad Haron.

Kos pembinaan adalah hasil derma ikhlas dari  ahli-ahli qariah serta individu tertentu  atas kelulusan pihak JAIS.



Gambar kenangan warga al-Azhariah

Gambar kenangan ketika pembinaan Masjid al-Azhariah

Penentuan arah kiblat
Pada tahun 2002, Masjid al-Azhariah mendapat nama samaran yang sangat popular iaitu "Masjid Unta". Pada Hari Raya Korban tahun tersebut, masjid ini pernah membuat penyembelihan unta dalam jumlah yang banyak bagi tujuan korban sempena Aidiladha tahun tersebut. Peristiwa korban unta secara besar-besaran inilah yang menjadikan masjid ini popular dengan nama samaran tersebut. 


Diantara keratan-keratan akhbar yang menyiarkan kisah mengenai majlis penyembelihan unta besar-besaran di Masjid al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam.

Kisah korban unta besar-besaran ini mendapat liputan daripada akhbar-akhbar tempatan. Diantaranya terdapat di dalam Arkib Utusan Malaysia Februari 2002 .

Kini Masjid al-Azhariah semakin banyak membuat perubahan bagi menambah keselesaan para jemaah untuk bersolat kerana bilangan jemaah semakin bertambah. Banyak penambahan struktur yang telah dibuat bagi menambah keluasan ruang solat di samping menaiktaraf pelbagai kemudahan lain.

Gambar hak milik blog Putera Tasek Putra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan