Di kesempatan ini saya selaku Nazir Masjid ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Jawatankuasa Biro Teknologi Maklumat yang telah melaksanakan program ini bagi kepentingan umum. Disamping itu saya juga ingin mengucapkan tahniah atas perlantikan semua jawatankuasa dan pegawai Masjid Al- Azhariah bagi sesi 2012 hingga 2015 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012 . Semoga dengan perlantikan tersebut dapat mengimarahkan lagi masjid ini melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dari semasa ke semasa.
Sepanjang tahun 2012 Masjid Al-Azhariah telah berjaya mengadakan pelbagai aktiviti yang memberi faedah dan manfaat bersama semua ahli qariah. Saya dan seluruh ahli jawatankuasa masjid amat mengharapkan kehadiran dan kerjasama seluruh ahli keluarga qariah Masjid Al-Azhariah bersama-sama di dalam semua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pada masa hadapan.
Masjid merupakan pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam sama ada untuk beribadah, mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan merupakan jalan terbaik mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat Islam.
Akhir kata, saya ingin berpesan kepada semua ahli qariah supaya dapat mengambil peluang bersama-sama membincangkan perancangan dan halatuju Masjid Al-Azhariah. Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan daripada semua pihak agar pentadbiran Masjid Al-Azhariah dapat diuruskan dengan teratur. Semoga usaha kita ini diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. INSYA-ALLAH
HAJI ABDUL KARIM BIN MANSOR
Nazir Masjid Al- Azhariah
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan