HOMESTAY AL-AZHARIAH



Masjid Al-Azhariah Seksyen 18 Shah Alam kini mempunyai kemudahan penginapan yang di buka kepada orang awam yang bermusafir. Kemudahan penginapan ini dikenali dengan nama Homestay Al-Azhariah telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2013. Ianya terletak di dalam perkarangan Masjid Al-Azhariah. 

Kemudahan penginapan ini mempunyai dua unit bilik yang boleh disewa iaitu bilik Homestay Al-Azhariah 1 dan Homestay Al-Azhariah 2. Kedua-dua bilik ini terletak di tingkat atas bangunan kemudahan masjid yang mana di bahagian bawah bangunan terdapat kemudahan tandas dan ruang mengambil wuduk berasingan bagi lelaki dan wanita. Satu bilik penginapan mampu menampung sehingga 5 hingga 6 orang penginap (katil saiz Queen untuk dua orang dan selebihnya boleh menggunakan tilam tambahan).


Bahagian belakang

Tempahan dan kadar sewa

Individu-individu atau kumpulan yang berkeinginan untuk menyewa bilik dan membuat tempahan  kemudahan penginapan Homestay Al-Azhariah ini boleh membuat panggilan secara terus kepada:

Haji Abdul Karim b. Mansor 
019 - 356 2269

atau 

Hajah Maznah bt. Selamat 
013 - 379 7758

Kadar sewa:

Status penyewa
Masa penyewaan

Isnin hingga  Jumaat
Sabtu dan Ahad

Ahli kariah
RM 100
RM 120

Bukan ahli kariah
RM 120
RM 150


Pembayaran

Cara pembayaran ialah secara tunai semasa daftar masuk. Pihak masjid tidak menyediakan kemudahan pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan lain-lain yang sepertinya.

Kemudahan bilik

Kemudahan yang di sediakan di dalam ruang bilik Homestay Al-Azhariah:
  1. Penyaman udara (air conditioner)
  2. Kipas
  3. Sofa di ruang legar bilik
  4. Kemudahan bilik air di dalam bilik penginapan
  5. Baldi dan yang sepertinya di sediakan di dalam bilik air
  6. Katil saiz Queen
  7. Tilam tambahan
  8. Kelengkapan pantri di ruang legar bilik (cth: gelas, pemanas air elektrik)


Katil saiz Queen
Almari pakaian
Bilik air
Pantri dan kelengkapan
Sofa
Sudut pandangan dalam kawasan ruang legar bilik

Tempat Meletakkan Kenderaan

Tempat meletakkan kenderaan akan disediakan untuk satu kenderaan sahaja bagi satu unit bilik penginapan. Jika penginap memiliki lebih daripada satu kenderaan, kenderaan yang selebihnya boleh diletakkan di kawasan parkir awam di hadapan pintu masuk masjid.


Lokasi Strategik

Kemudahan penginapan Homestay Al-Azhariah ini berhampiran dengan tempat-tempat berikut:

1. Pasaraya & pusat komersial {jarak daripada masjid kira-kira 300m}
  •     Berdekatan dengan Pasaraya Ole Ole Seksyen 18
  •     Pasaraya Giant Seksyen 18
  •     Mydin Mart 
  •     AEON BiG Seksyen 23
  •     Uptown Shah Alam
  •   Pusat komersial Seksyen 18 yang mempunyai banyak kedai-kedai dan restoran-restoran (cth: Watson, 7 Eleven, KK Mart, McDonald, KFC, klinik-klinik persendirian, farmasi, dobi dan lain-lain lagi)

2. Bank

Bank-bank yang terdapat di Pusat Komersial Seksyen 18:
  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Bank Islam
  • Bank Simpanan Nasional
Kesemuanya mempunyai kemudahan ATM, Cash Deposit dan Cheque Deposit.


3. Institusi pengajian tinggi (IPT)
  • UiTM - Universiti Teknologi MARA Shah Alam (kampus utama) {jarak daripada masjid kira-kira 5km}
  • UiTM - Universiti Teknologi MARA – INTEC (International Education Centre) di Seksyen 17 {jarak daripada masjid kira-kira 3km}
  • UNISEL – Universiti Selangor di Seksyen 7 {jarak daripada masjid kira-kira 6km}
  • MSU – Management and Science University di Seksyen 13 {jarak daripada masjid kira-kira 9km}

4. Pengangkutan awam

Stesen komuter hentian Shah Alam, bertempat di Seksyen 19. Mempunyai kemudahan teksi dan bas Rapid KL (Route T529 : Komuter Shah Alam (Seksyen 19) – UiTM Shah Alam (Seksyen 2)) {jarak daripada masjid kira-kira 2km}


5. Warung makan

Bagi penginap yang ingin merasa suasana warung jalanan, mereka boleh pergi ke bahagian hadapan pintu masuk Masjid Al-Azhariah di mana terdapatnya sederet gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman yang beroperasi daripada awal pagi sehingga larut malam.

Warung makan pada waktu siang
Warung makan beroperasi pada waktu malam


Keselamatan

Kawasan bangunan bilik penginapan Homestay Al-Azhariah adalah di dalam perkarangan masjid. Kawasan perkarangan masjid adalah kawasan yang jauh daripada gangguan luar. Tambahan lagi kawasan Masjid Al-Azhariah dikelilingi dan sangat hampir dengan kawasan perumahan teres dan bertingkat Seksyen 18. Namun begitu, sebarang kejadian yang tidak di ingini adalah di bawah tanggungjawab penginap melainkan ianya adalah di atas kecuaian pihak masjid.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan