16 Ogo 2012

Aktiviti Masjid - BANTUAN HARI RAYA KERAJAAN NEGERI

Pada Ramadhan 2012, kerajaan Negeri Selangor telah memberikan bantuan kewangan hari raya kepada golongan-golongan terpilih seperti warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU). Ahli qariah yang terlibat telah menghadiri majlis penyerahan bantuan ini yang diadakan di perkarangan Masjid al-Azhariah. Majlis tersebut disusuli dengan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai dan seterusnya mengerjakan Solat Terawih bersama-sama.

Bantuan daripada kerajaan negeri itu telah disumbangkan oleh wakil kerajaan negeri iaitu YB Dr. Hj. Yaakob b. Sapari (Ahli DUN N40 Kota Anggerik) dan juga YB Khalid b. Abd. Samad (Ahli Parlimen P108 Shah Alam).









Tiada ulasan:

Catat Ulasan