Majlis berbuka puasa pada Ramadhan 2012 telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan dengan jayanya. Setiap hari ahli-ahli qariah Masjid al-Azhariah akan memenuhi meja-meja yang disediakan. Kadangkala terpaksa duduk di ruang solat luar kerana tempat duduk tidak mencukupi.
Juadah berbuka puasa disumbangkan oleh individu-individu dan juga syarikat-syarikat dan di kemas-kini di dalam jadual harian penyumbang juadah berbuka.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang diketuai oleh imam-imam masjid dan disusuli dengan berbuka beramai-beramai seterusnya mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah.