Alhamdulillah
pada 15 Rabiul’awal 1435 Hijrah (17 Januari 2014), telah
berlangsung Kuliah Maghrib Perdana sempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad
SAW di Masjid Al Azhariah Sekyen 18
Shah Alam.
Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan diteruskan sesi berselawat beramai-ramai yang diketuai oleh Al
Fathil Ustaz Azrul Hakim .
Al Ustaz Azrul Hakim Suradi, seorang pendakwah bebas serta tenaga pengajar Tahfiz Seksyen 23 Shah Alam dan Bukit Kerayong. Beliau telah menyampaikan kuliah maghrib mengenai keperibadian baginda melalui kitab pilihannya bagi menambahkan rasa cinta para jemaah terhadap baginda SAW.
Pada 18 Januari pula Masjid Al Azhariah telah mengadakan berselawat keatas Junjunngan Nabi Muhammad SAW kita yang diketuai oleh pimpinan Habib Abdullah Sale Jahaf dari Yemen. Kehadiran para jemaah sangat mengalakkan.