24 Ogo 2013

Berita Masjid - PEMASANGAN KARPET BARU SEMPENA AIDILFITRI

Pada bulan Ramadhan 1434H/2013M, pihak masjid telah memulakan pungutan sumbangan untuk menukar karpet ruang sembahyang yang sudah usang. Kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, pihak kontraktor yang diberi tanggungjawab telah memasang karpet baru hasil sumbangan daripada komuniti penduduk di Seksyen 18 ini dan syarikat-syarikat berhampiran. 

Pihak masjid mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberi sumbangan kepada pemasangan karpet baru ini.


AJK masjid yang datang memantau proses pemasangan karpet baru

Pihak kontraktor sedang memasang karpet

Wajah sebenar ruang dalam masjid tanpa karpet

22 Ogo 2013

Aktiviti Masjid - IFTAR RAMADHAN 1434H

Kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana bulan Ramadhan dipenuhi dengan berkat limpah kurnia Allah SWT. Seperti biasa, penduduk di sekitar Seksyen 18, Shah Alam yang tinggal berhampiran Masjid al-Azhariah akan datang untuk berbuka bersama-sama di masjid. 

Aktiviti majlis berbuka puasa adalah sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya iaitu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa. Ianya dimulakan kira-kira setengah jam sebelum azan Maghrib dikumandangkan.


Jemaah lelaki

Jemaah wanita

Iftar di Masjid al-Azhariah selalunya akan disertai oleh pelajar-pelajar daripada UiTM International Education Centre (UiTM-INTEC) Seksyen 17, Shah Alam.

Jadual penyumbang harian majlis berbuka puasa disusun sama seperti sebelum ini di mana ianya terdiri daripada sumbangan individu dan juga syarikat-syarikat yang beroperasi di sekitar Shah Alam.

Seperti sebelum ini, terdapat juga sumbangan terus daripada kilang-kilang seperti sumbangan minuman buah-buahan jenama Twister oleh pengilang minuman itu sendiri.


Sumbangan daripada pengilang/pengedar minuman buah-buahan jenama Tropicana Twister

Program majlis ilmu sebagai pengisian tambahan malam Ramadhan selain solat Terawih berjemaah.

Para jemaah muslimin