Kedatangan Ramadhan adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam kerana bulan Ramadhan dipenuhi dengan berkat limpah kurnia Allah SWT. Seperti biasa, penduduk di sekitar Seksyen 18, Shah Alam yang tinggal berhampiran Masjid al-Azhariah akan datang untuk berbuka bersama-sama di masjid.
Aktiviti majlis berbuka puasa adalah sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya iaitu dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa. Ianya dimulakan kira-kira setengah jam sebelum azan Maghrib dikumandangkan.
 |
| Jemaah lelaki |
 |
| Jemaah wanita |
 |
| Iftar di Masjid al-Azhariah selalunya akan disertai oleh pelajar-pelajar daripada UiTM International Education Centre (UiTM-INTEC) Seksyen 17, Shah Alam. |
Jadual penyumbang harian majlis berbuka puasa disusun sama seperti sebelum ini di mana ianya terdiri daripada sumbangan individu dan juga syarikat-syarikat yang beroperasi di sekitar Shah Alam.
Seperti sebelum ini, terdapat juga sumbangan terus daripada kilang-kilang seperti sumbangan minuman buah-buahan jenama Twister oleh pengilang minuman itu sendiri.
 |
| Sumbangan daripada pengilang/pengedar minuman buah-buahan jenama Tropicana Twister |
 |
| Program majlis ilmu sebagai pengisian tambahan malam Ramadhan selain solat Terawih berjemaah. |
 |
| Para jemaah muslimin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan